JUN 2023

Peningkatan Latihan Dan Penggunaan Teknologi, Kunci Kejayaan Kontraktor Di Sarawak


KUCHING, 23 Jun – Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Openg menekankan keperluan kontraktor meningkatkan tahap latihan dan memanfaatkan kemajuan teknologi. 

Beliau berkata, para kontraktor boleh beri Latihan kepada pekerja mereka melalui program latihan yang disediakan oleh CIDB untuk menguasai bidang tersebut supaya tidak terlalu bergantung dengan pekerja luar.

“Orang kontraktor kita boleh dilatih melalui CIDB bermakna kita boleh beri latihan kepada kontraktor kita dan kita tidak bergantung dengan orang lain dan Kita boleh memberikan pekerja kita latihan,” kata beliau.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Makan Malam dan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Sarawak ke-24 di Hotel Pullman, di sini

Beliau menambah, pihak kontraktor juga boleh mengambil pelajar universiti sebagai pelatih dalam industri (intern) khususnya dalam bidang kejuruteraan dan jurusan-jurusan berkaitan pembangunan, syarikat dapat memupuk dan memanfaatkan mereka menjadi pakar pekerjaan dalam syarikat mereka. Inisiatif seperti ini akan meningkatkan keupayaan industri dan membolehkan pengenalan pendekatan baharu.

Bagaimanapun, Premier Sarawak menekankan kepentingan menerima teknologi baharu dalam industri pembinaan tanpa mengira etnik. Beliau menegaskan bahawa kemajuan teknologi tidak dapat dielakkan dan Sarawak komited untuk mengguna pakai teknologi terkini. Abang Johari turut membayangkan masa depan di mana Jentera menjadi ‘autonomous’ dan dikawal dari jauh oleh kontraktor menggunakan alat kawalan jauh. 

"Kerana teknologi ini berubah, cara kita pun berubah, terpaksa kita ubah dan Sarawak menggunakan teknologi teknologi yang terkini. Jadi kalau ini berlaku saya fikir besok tractor pun begitu juga ‘autonomous tractor’ di mana kontraktor hanya menggunakan remote control. Jalankan kontraktor, gali pun semua remote control. Ini saya rasa akan berlaku, kerana sudah ada teknologi. Kalau kapal terbang sudah, tractor mesti ada," jelas beliau.

Dalam majlis tersebut beliau turut melakukan Gimik Penyerahan Jentera serta Pemberimilikan Tanah kepada PKMM Sarawak serta menyaksikan penyampaian Sumbangan kepada SABATI dan juga Persatuan Kebajikan Petra Jaya.

Turut Hadir, Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Sri Fadillah Yusof, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak (Pembangunan Infrastruktur) Ir. Aidel Lariwoo, Penasihat Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED) Sarawak, Datuk Mohd Naroden Majais, Presiden PKMM Malaysia Dato’ Seri Mohamed Fadzill Hassan, Penasihat PKMM Sarawak Dato Dr Zaiedi Suhaili dan Yang Di-Pertua PKMM Sarawak Dato’ Ismail Suut. -Sarawakku

Sumber dari : Sarawakku